Amalan guru dalam melaksanakan kurikulum Matematik KBSM masih berpusatkan guru secara keseluruhannya. Aktiviti melibatkan murid sangat terhad. Penekanan guru lebih kepada hasil pembelajaran, bukan kepada proses pembelajaran. Murid-murid lebih dibebankan dengan cara ringkas; murid-murid disuap dengan petua-petua, menghafal rumus, dan hukum-hukum ciptaan guru sendiri tanpa mengetahui konsep sebenar. Alat bantu mengajar juga diabaikan. Hal ini menjadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran tidak bermakna (pengajaran dan pembelajaran yang tidak menekankan proses pembinaan skim yang bermakna, penyelesaian masalah serta penghayatan matematik dalam kehidupan seharian) dan menyebabkan murid-murid merasa bosan, jemu dan bencikan matematik terutamanya bagi yang lemah. Murid-murid tahu mengira tetapi jahil dalam matematik dan tidak dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Berdasarkan permasalahan ini, kami membuat keputusan untuk menghasilkan blog ini. Diharapkan dengan adanya blog ini dapat menarik minat para pelajar untuk mempelajari dan seterusnya menghayati keindahan dunia matematik..
No comments:
Post a Comment